Amaran dari PETRONAS

Amaran dan pesanan penting dari PETRONAS

Sebelum ini pihak SHELL telah mengeluarkan amaran untuk pengguna mereka. Kini giliran PETRONAS pula yang meninggalkan amaran dan pesanan penting ini.

>>>>>>>>
Sentiasa utamakan keselamatan apabila berada di stesen minyak, terutamanya semasa mengisi bahan api. Sebelum mengisi bahan api, nyahcaskan elektrik statik dengan menyentuh kenderaan anda.

Pastikan anda sentiasa mengikuti peraturan di stesen untuk keselamatan anda serta pengguna lain. Krew kami juga sentiasa bersedia menghulurkan bantuan jika anda memerlukannya. #staysafe

<<<<<<<<<

www.autoroadtax.com.my

Platform memperbaharui insurans online pertama di Malaysia.

#autoroadtax
#renewroadtax
#rodtax
#insurans
#cepatmudahdanpantas
#berdesupsampai
#ambiltahu
#ambilkisah

Teratur Sungguh

Renungkan sejenak.

Sedangkan kita di Malaysia ni ada traffic light pun boleh berlanggar.

Macam mana mereka(Vietnam) boleh tempuh perkara macam ni setiap hari tanpa insiden yang menyayat hati.

Sekali admin pandang dari atas ni dah macam semut dah.

www.autoroadtax.com.my

Platform memperbaharui insurans online pertama di Malaysia.

#autoroadtax
#renewroadtax
#rodtax
#insurans
#cepatmudahdanpantas
#berdesupsampai

https://www.facebook.com/autoroadtax/videos/791211147738853/?t=19

 

Dashcam

Dashcam (Camera on the car)

Zaman sekarang macam-macam cara orang akan buat untuk duit walaupun korbankan diri sendiri.

Mujur ade dashcam.

Dah jadi suatu kepentingan pula untuk ada dalam setiap kereta.

Itu yang akan menjadi bukti jika terjadi sesuatu perkara yang tidak diingini.

www.autoroadtax.com.my

Platform memperbaharui insurans online pertama di Malaysia.

#autoroadtax
#renewroadtax
#rodtax
#insurans
#cepatmudahdanpantas
#berdesupsampai

https://www.facebook.com/autoroadtax/videos/790629771130324/?t=19

TRANSFORMERS DI DUNIA NYATA

Happy Monday semua.

TRANSFORMERS DI DUNIA NYATA 😱😱

Gempak kan..??! Kereta robot ini ada di sebuah kota di Turki.

Sebuah kereta mewah berwarna merah yang boleh berubah menjadi Optimus Prime dan konco-konconya 😮

Kereta tersebut adalah jenis BMW Letron. Merupakan sebuah karya yang unik dari 3 orang genius yang berasal dari Turki yang terinspirasi dari filem Transformers dan kereta robot tersebut dicipta pada 2017.

Kagum betol admin. Selalu tengok kereta robot mainan je. Kalau dapat tengok live depan mata lagi gempak! 😲

www.autoroadtax.com.my

Platform memperbaharui insurans online pertama di Malaysia.

#autoroadtax
#renewroadtax
#rodtax
#insurans
#cepatmudahdanpantas
#berdesupsampai

https://www.facebook.com/autoroadtax/videos/790126237847344/?t=42

Cara Elakkan Kereta Bahang

Cara Elakkan Kereta Bahang Jika Parking Dibawah Panas Terik

Pernah tak bila pergi kerja, parking kereta dekat tempat tak berbumbung dan waktu lunch hour je nak guna kereta pergi makan, buka-buka je “Wow! Panasnya!”
Sampaikan nak pegang steering pun tak mampu sebab panas betul. Terpaksa bukak pintu kereta luas-luas, start enjin dan pasang air-cond kuat-kuat dan biarkan ianya sebentar sampailah kereta sejuk sikit, betul tak?

Ada cara untuk nak skip kesemua bahagian ni. Korang tak perlu nak susah-susah buka kesemua pintu kereta dan tunggu sampai sejuk sikit. Paling penting sekali, tak perlu nak tinggalkan kereta dengan cermin kereta yang diturunkan sedikit. Bahaya tau! Hanya perlu pulas butang fungsi ini sahaja:

Flap air-cond ditutup sewaktu memandu untuk kekal sejuk.

Sewaktu memandu pastikan korang tutup flap air cond kereta. Ini berfungsi agar perudaraan kereta beredar di dalam kereta sahaja dan mengekalkan udara yang sejuk dan nyaman sepanjang pemanduan.

Sewaktu parking, pastikan flap air cond dibuka.

Bila korang nak parking kereta di kawasan tidak berbumbung dan ditambah pula dengan cuaca panas, jangan pula tutup flap air cond tu. Sebaliknya, korang kena biarkan ianya terbuka agar udara panas tidak terperap dalam kereta.

Ini bertujuan agar udara keluar masuk dan mengekalkan kereta kurang panas. Tidak perlu nak turunkan cermin kereta untuk ventilation. Bahaya kalau orang cungkil melalui cermin untuk nak curi kereta kan?

Selamat mencuba

www.autoroadtax.com.my

Platform memperbaharui insurans online pertama di Malaysia.

#autoroadtax
#renewroadtax
#rodtax
#insurans
#cepatmudahdanpantas
#berdesupsampai

Contoh flap air cond yang di buka

Tukar arah flap air cond anda ketika anda parking.

Flap air cond yang tertutup ketika kereta bergerak untuk suhu kekal sejuk.

*AMARAN DARI PIHAK SHELL*

Shell Oil Company baru-baru ini mengeluarkan amaran selepas tiga kejadian di mana telefon mudah alih (sel telefon) menyalakan wap semasa operasi mengisi petrol.

*Kes pertama*, telefon itu diletakkan pada pintu kereta semasa mengisi; ia berbunyi dan api yang berikutnya memusnahkan kereta dan pump petrol

*Kes kedua*, seseorang individu mengalami
kebakaran yang teruk di muka apabila wap menyalakan kerana mereka menjawab panggilan semasa mengisi minyak kereta mereka!

*Kes ketiga*, seseorang individu melecur di paha dan pangkal paha apabila wap dinyalakan semasa telefon, yang berada dalam poket mereka, berbunyi ketika mereka sedang mengisi petrol kereta mereka

Anda perlu tahu bahawa:
*Telefon Mobile* boleh *menyalakan* bahan api atau fumes wap.

Telefon mudah alih yang menyala apabila dihidupkan atau apabila ia berdering melepaskan tenaga yang cukup untuk menyediakan percikan untuk *pencucuhan*.

*Telefon bimbit tidak boleh digunakan di stesen pengisian*, atau apabila bahan api potong rumput, bot, dan lain-lain.

Telefon bimbit tidak boleh digunakan, atau *perlu dimatikan*, sekitar
bahan-bahan lain yang menghasilkan wasap mudah terbakar atau bahan letupan atau debu, (iaitu, pelarut, bahan kimia, gas, habuk bijirin, dan lain-lain …)

Dengan itu, di sini ada *Empat Peraturan* untuk mengisi petrol dgn selamat:

*1) Turn off engine*
*2) Jangan merokok* semasa mengisi petrol.
*3) jgn menggunakan telefon bimbit anda* tinggalkan dalam kenderaan atau *off*.
*4) Jangan masuk semula dalam kenderaan anda semasa mengisi petrol*

*Bob Renkes Petroleum Equipment Institute* bekerja pada kempen untuk mencuba dan membuat orang menyedari kebakaran akibat *’elektrik statik’* di pam gas. Syarikat beliau mempunyai
*Kajian 150* kes kebakaran ini.

Keputusan beliau sangat mengejutkan:

*1) Daripada 150_kes*, hampir semua daripada mereka *wanita.*

*2) Hampir semua kes melibatkan orang yang masuk semula ke dalam kenderaan mereka manakala muncung masih mengepam petrol*
Apabila selesai, mereka pergi semula menarik muncung keluar dan kebakaran bermula, akibat statik.

*3) Kebanyakan mempunyai kasut getah soled.*

*4) Kebanyakan lelaki jarang masuk semula ke dalam kenderaan mereka sehingga selesai sepenuhnya.*
Ini adalah mengapa mereka jarang terlibat dalam jenis kebakaran ini.

*5) Jangan sekali-kali menggunakan telefon bimbit apabila mengepam gas* /petrol.

*6) Ia adalah wap yang keluar dari gas yang menyebabkan api,* apabila disambar dengan caj statik.

*7) Terdapat 29 kebakaran* di mana kenderaan itu di masuki semula oleh pengisi dan muncung telah disentuh semasa mengisi minyak dari pelbagai jenama dan model. Sesetengah menyebabkan kerosakan besar kepada kenderaan itu, stesen, dan pelanggan.

*8) 17 kebakaran* berlaku sebelum, semasa atau selepas topi gas telah dikeluarkan dan sebelum mengisi bermula.

Encik Renkes menekankan *JANGAN* kembali ke dalam kenderaan anda semasa mengisi petrol/ gas. Jika anda benar-benar ada pilihan dalam kenderaan anda semasa gas/petrol mengepam, pastikan anda keluar, tutup pintu sentuh besi METAL, sebelum anda mula tarik muncung keluar.
Dengan cara ini statik dari badan anda akan dilepaskan sebelum anda mula keluarkan muncung.

Seperti yang disebutkan tadi, The Equipment Petroleum, bersama-sama dengan beberapa syarikat lain sekarang, benar-benar cuba untuk membuat kn org awam menyedari bahaya ini.

TERIMA KASIH KERANA KALIAN SEMUA SAYANGKAN KELUARGA, SAUDARA MARA DAN SAHABAT HANDAI BILA TAG MEREKA DISINI.

*Terima kasih untuk share ini bersama-sama.*

www.autoroadtax.com.my

Platform memperbaharui insurans online pertama di Malaysia.

#autoroadtax
#renewroadtax
#rodtax
#insurans
#cepatmudahdanpantas
#berdesupsampai

CARA ELAKKAN TERLUPA ANAK DI DALAM KERETA

Semalam kita digemparkan lagi dengan berita kes kematian seorang kanak-kanak ditinggalkan di dalam kereta diparkir untuk masa yang lama. Sumber berita: https://goo.gl/DxtWTM

Kes seperti ini kerap berlaku, dan biasanya disebabkan kelalaian ibubapa. Insiden seperti ini boleh berlaku kepada sesiapa, termasuk diri kita sendiri.

Di sini saya ingin kongsi beberapa tips untuk mengurangkan kebarangkalian perkara ini terjadi kepada anak anda.

1. Jangan letak kerusi kanak-kanak di belakang kerusi pemandu. Di situ adalah titik buta (blindspot). Letak di bahagian belakang tempat duduk penumpang agar ia berada dalam ruang pandangan.

2. Sentiasa jadikan amalan untuk memeriksa dalam kabin(termasuk tempat duduk penumpang hadapan dan tempat duduk belakang) sebelum mengunci kenderaan anda. Mulakan amalan ini mulai sekarang.

3. Letak patung permainan di kerusi kanak-kanak. Apabila letak anak di dalam kerusi itu, pindahkan patung tersebut di tempat duduk penumpang hadapan. Pilih patung yang besar dan berwarna terang. Patung itu peringatan bahawa anak anda dibelakang.

4. Jika anda ada membawa beg susu anak anda bersama, sentiasa letak beg itu di bahagian hadapan. Konsepnya sama seperti tip ke-3. Ia peringatan bahawa anak anda ada di kerusi kanak-kanak di tempat duduk belakang.

5. Letakkan barang yang penting di belakang, bersama anak anda. Contoh: beg kerja, kunci pejabat, tag kerja, atau sebelah kasut anda di ruangan kaki di belakang. Nota: tidak digalakkan memandu tidak berkasut.

6. Letakkan tag/label pada pemegang pintu sebelah pemandu di bahagian luar, yang menandakan anak anda di dalam kereta. Label ini boleh dibeli atau dibuat sendiri menggunakan barangan di rumah. Contoh seperti dalam gambar di bawah.

7. Pesan kepada pihak sekolah atau pengasuh agar menelefon anda jika anak anda tidak tiba ke sekolah atau di rumah asuhan pada masanya. Boleh juga pesan pasangan anda untuk mengingatkan anda, terutamanya jika ada bertukar rutin menghantar anak.

8. Guna peranti(device) atau aplikasi telefon untuk mengingatkan anda bahawa anak anda di dalam kereta. Contohnya: ChildMinder SoftClip atau aplikasi Kars 4 Kids Safety . Nota: harganya tidak murah dan aplikasi memerlukan kereta mempunyai fungsi Bluetooth.

9. Bagi yg selalu guna aplikasi navigasi Waze, boleh pilih untuk hidupkan aturan Child Reminder ( Settings>Advanced Settings>General>Child Reminder). Waze akan mengingatkan anda sejurus sampai destinasi.

Jika anda ada tips lain, boleh kongsikan diruangan komen.

Nota : Tak usah membawang. Kita fokus pada penyelesaian. Ikuti saya untuk tips kesihatan dan parenting terkini.

www.autoroadtax.com.my

Platform memperbaharui insurans online pertama di Malaysia.

#autoroadtax
#renewroadtax
#rodtax
#insurans
#cepatmudahdanpantas
#berdesupsampai

Sumber : Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan

Berita yang menyayat Hati

Bayi meninggal dunia akibat ditinggalkan dalam kereta. Alahai kesian nya baby tu.

14 Mac – Bayi perempuan berusia dua tahun meninggal dunia selepas empat jam ditinggalkan di dalam kereta oleh ibunya di tempat letak kereta sebuah kolej kemahiran di Port Dickson, hari ini, lapor Harian Metro

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, dalam kejadian 9 pagi, ibu mangsa yang juga tenaga pengajar di kolej itu membawa bayi bersama ke tempat kerja.

Katanya, sebaik meletakkan kereta Proton Saga, dia terlupa bayinya dibawa bersama dan tertinggal dalam kenderaan itu.

“Wanita berusia 32 tahun itu hanya menyedari bayinya tertinggal di dalam kereta pada 1 tengah hari dan bergegas mendapatkannya, tetapi malang anak kecil terbabit sudah tidak sedarkan diri.

“Wanita itu membawa bayinya ke Klinik Kesihatan Port Dickson dan disahkan sudah meninggal dunia sebelum dirujuk ke Hospital Port Dickson,” katanya.